9 Fakta Sains Tentang Air



Air merupakan satu elemen yang sangat penting bagi kehidupan-kehidupan yang ada di atas muka bumi ini. Tanpa air bumi ini hanyalah sebuah planet yang tandus dan gersang. Kesemua kehidupan di muka bumi ini memerlukan air untuk hidup. Sedar tak sedar, daripada sehalus-halus mikroorganisma hinggalah kepada makhluk sebesar gajah malah tumbuh-tumbuhan juga memerlukan air.

Air boleh jadi sumber kehidupan dan air juga boleh menjadi pembunuh kehidupan. Bahayanya air apabila ianya tercemar. Banyak kematian berlaku berpunca daripada air yang tercemar. Disini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak fakta sains mengenai air.
  • Air terdiri daripada dua elemen iaitu hidrogen dan oksigen (H2O)
  • Hebatnya air ialah apabila ia boleh wujud dalam 3 keadaaan iaitu Pepejal, Cecair dan Gas. Perkataan air itu sendiri merujuk kepada air yang wujud dalam bentuk cecair, dalam keadaan pepejal ianya dikenali sebagai ais dan gas dikenali sebagai wap air.
  • Air meliputi 70% daripada permukaan bumi.
  • Air tulen tidak mempunyai bau dan rasa dan mempunya PH sekitar 7
  • Air boleh membentuk apa sahaja mengikut bentuk bekas.
  • Air membeku pada suhu 0° Celsius dan tersejat pada 100° Celsius. 
  • Ais 9% lebih ringan daripada air, sebab itu ianya terapung di permukaan air.
  • Secara purata 70% daripada badan manusia mengandungi air.
  • 92% kandungan dalam darah adalah air.
Jika hendak dinyatakan semua maklumat dan fakta tentang air, belum tentu akan habis. Maka penulis memilih untuk memberikan info ini secara ringkas untuk dikongsi bersama. Di sesetengah negara air masih lagi menjadi isu yang hangat diperkatakan

Betapa air ini menjadi anugerah daripada Ilahi kepada kehidupan di mukan bumi ini. Banyak sungai Khususnya sungai-sungai di Malaysia telah tercemar dek kerana kerakusan manusia itu sendiri. Air yang mengandungi klorin adalah merbahaya dan tidak selamat tapi apa boleh buat kita tiada pilihan.

"Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah Air ZAM-ZAM, ianya mengenyangkan dan menyembuh penyakit." – (HR Bukhari dan Muslim)



baca selanjutnya

7 Kelebihan Minum Air Suam!



Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, pelbagai persoalan timbul

"Kenapa perlu minum air suam?" 
"Apa kelebihannya kepada kita? ". 

Di sini penulis ingin berkongsi info menarik iaitu 7 Kelebihan Minum Air Suam! Semoga bermanfaat dan menjadi amalan buat kita semua.

  •  Minum air suam pada waktu pagi akan membantu meningkatkan proses penghadaman. Air suam akan membantu proses pencernaan yang berterusan.
  • Mengelakan dari sembelit kerana air suam akan membantu usus memproses penghadaman dan membuang bahan yang tidak perlu lebih mudah.
  • Meminum air yang panas / suam boleh mengurangkan berat badan. Air panas meningkatkan kadar metabolisme dan akan meningkatkan suhu badan yang secara tidak langsung membawa kepada pembakaran kalori.
  • Selain itu , ia juga dapat membantu pengaliran darah dengan cara yang lebih baik.
  • Membantu menghilangkan masalah pernafasan dan batuk.
  • Membantu anda untuk menyingkirkan toksin dan menjadikan kulit lebih sihat segar.
  • Cara terbaik untuk menghilangkan jerawat adalah minum air suam. Ini adalah cara semulajadi untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

baca selanjutnya