Tentang

Bismillahirrahmanirahim.

     Nama diberi Muhammad Adam Faiz Bin Mohamad Nasir. Merupakan anak kelima daripada 6 adik beradik. Seorang yang bercita cita tinggi untuk menjadi seorang guru. Mula berkecimpung dalam arena 'Blogging' sejak tahun 2012 di laman sesawang http://sibodohjangankacau.blogspot.my/ dan mempunyai pengikut seramai 2000+

    Pernah menyertai pertandingan blog kepenggunaan pada tahun 2014 dan berjaya mendapat hadiah saguhati. Tujuan utama saya menyertai pertandingan ini ialah untuk mengharumkan nama sekolah saya iaitu SMK Pengkalan Chepa 1 selepas kejayaan emasnya tahun lepas iaitu mencapai JOHAN dalam pertandingan pusat sumber sekolah peringkat negeri & berjaya merangkul trofi tempat ke 3 di peringkat Kebangsaan.

   Menyedari bakat saya dalam 'Designing' dan reka cipta laman web, saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini untuk kali yang ke 2 demi meneruskan matlamat saya iaitu untuk menyambung kejayaan sekolah tercinta dan menyerlahkan bakat saya dalam arena 'Blogging' .

   Reka bentuk blog ini adalah 100% idea daripada saya tanpa menggunakan 'template design' daripada mana mana laman sesawang. Kemuncak minat saya dalam 'Designing' ialah pada tahun 2013 iaitu saya mengambil tempahan design web daripada bloggers dan berhenti pada tahun 2014 dek kerana menghadapi ujian PT3.

Antara sebahagian hasil kerja design saya :
http://www.blogskins.com/me/adam_faiz

   Isi kandungan dalam blog ini adalah 100% karya daripada saya kecuali dinyatakan sumber.