Kesan Pencemaran Air | AIR & MANUSIA



Kesan Pencemaran Air



   Air merupakan antara isu yang selalu meniti dari bibir ke bibir anggota masyarakat di negara kita. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Persoalannya, apakah kesan pencemaran air?

   Pada pendapat saya, antara kesan pencemaran air ialah menjejaskan kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Di samping itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri. Sebagai contoh, manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa menjejaskan kesihatan manusia merupakan kesan pencemaran air.



   Selain itu, menjejaskan kualiti air juga dikenalpasti sebagai salah satu kesan pencemaran air. Sebagai tamsilan, bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman. Lagipun, hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa. Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu kesan pencemaran air ialah menjejaskan kualiti air.

   Kesan pencemaran air yang berikutnya ialah menjejaskan keindahan alam. Sebagai contoh, pantai-
pantai yang dipenuhi dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang dilaut menjadi punca hal tersebut berlaku. Tambahan pula, keadaan air laut ataupun sungai yangberbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemaryang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidakselesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini. Saya optimis bahawa menjejaskan keindahan alam merupakan antara kesan pencemaran air.

   Kesimpulannya, semua pihak mestilah menghargai sumber air agar kualiti air terjaga. Dalam hal ini, orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.



No comments:

Post a Comment