Kepentingan Air Kepada Manusia | AIR & MANUSIA



Kepentingan Air Kepada Manusia

   Air merupakan antara isu yang sering diwara warakan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita akhir akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Persoalannya, apakah kepentingan air kepada manusia?

mesin basuh-800

   Pada pendapat saya, antara kepentingan air kepada manusia ialah sebagai sumber utama dalam aktiviti harian. Sebagai contoh, manusia menggunakan air untuk memasak, mandi, membasuh pakaian, minum dan sebagainya.Di samping itu, tubuh manusia terdiri daripada 55% hingga 78% air mengikut ukuran badan. Oleh hal yang demikian, air merupakan mekanisme kawalan bagi tubuh badan manusia supaya berfungsi dengan baik. Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa sumber utama dalam aktiviti harian merupakan kepentingan air kepada manusia.

Pemiskinan paling banyak terjadi pada sektor pertanian

   Selain itu, kegunaan dalam sektor pertanian juga dikenalpasti sebagai salah satu kepentingan air kepada manusia. Sebagai contoh, para petani menggunakan air yang bersih untuk menyiram tanaman mereka. Lagipun, tanpa air, tamanan akan kering dan layu serta terjejaslah sumber pendapatan para petani. Manusia juga akan mendapat kesusahan kerana kekurangan sumber makanan yang berasaskan sayur-sayuran dan bijirin. Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu kepentingan air kepada manusia ialah kegunaan dalam sektor pertanian.


   Kepentingan air kepada manusia yang berikutnya ialah  untuk membersihkan makanan. Sebagai tamsilan, manusia menggunakan air untuk membersihkan sayur sayuran atau buah buahan yang dibeli di pasar dan sebagainya. Dalam konteks ini, air merupakan elemen penting bagi memastikan aspek kebersihan. Tambahan pula, apabila makanan bersih, manusia dapat terhindar daripada penyakit yang berbahaya seterusnya mengekalkan tahap kesihatan mereka. Memetik petikan hadis "jagalah masa sihat kamu sebelum dirimu sakit". Jelaslah disini bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam kehidupan manusia. Saya optimis bahawa membersihkan makanan merupakan antara kepentingan air kepada manusia.

   Kesimpulannya, air merupakan sumber penting bagi manusia. Tanpa air, hidup manusia tidak akan sempurna.

No comments:

Post a Comment