Kesan Pencemaran Air



   Air merupakan antara isu yang selalu meniti dari bibir ke bibir anggota masyarakat di negara kita. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Persoalannya, apakah kesan pencemaran air?

   Pada pendapat saya, antara kesan pencemaran air ialah menjejaskan kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Di samping itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri. Sebagai contoh, manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa menjejaskan kesihatan manusia merupakan kesan pencemaran air.



   Selain itu, menjejaskan kualiti air juga dikenalpasti sebagai salah satu kesan pencemaran air. Sebagai tamsilan, bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman. Lagipun, hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa. Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu kesan pencemaran air ialah menjejaskan kualiti air.

   Kesan pencemaran air yang berikutnya ialah menjejaskan keindahan alam. Sebagai contoh, pantai-
pantai yang dipenuhi dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang dilaut menjadi punca hal tersebut berlaku. Tambahan pula, keadaan air laut ataupun sungai yangberbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemaryang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidakselesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini. Saya optimis bahawa menjejaskan keindahan alam merupakan antara kesan pencemaran air.

   Kesimpulannya, semua pihak mestilah menghargai sumber air agar kualiti air terjaga. Dalam hal ini, orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.



baca selanjutnya

Faktor Berlakunya Krisis Air

    Krisis air bermaksud sesuatu kawasan itu mengalami masalah pembekalan air bersih. Contohnya, beberapa kawasan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan mengalami catuan bekalan air selama beberapa bulan akibat krisis air ini. Maka, faktor-faktor yang membawa kemelut air ini harus difahami oleh semua pihak supaya isu ini diselesaikan.

    Sebab utama masalah air berlaku dikaitkan dengan fenomena musim kemarau yang keterlaluan itu. Kejadian kemarau yang berpanjangan ini merupakan fenomena yang di luar jangkaan semua pihak lalu menyebabkan langkah untuk mengawal bekalan air tidak dilaksanakan segera. Akibatnya, banyak kawasan tadahan air hujan dan loji air tidak mempunyai bekalan yang cukup untuk keperluan masyarakat kita itu.


    Selain itu, krisis air ini disebabkan oleh sikap masyarakat kita yang suka membazirkan air tersebut. Amalan negatif ini wujud kerana kadar tarif bekalan air di Malaysia begitu rendah menyebabkan masyarakat tidak menghargai kemudahan bekalan air bersih itu. Ringkasnya, masalah air berlaku kerana rakyat negara ini tidak memahami betapa pentingnya bekalan air bersih itu lalu membazirkannya sahaja.

    Tambahan pula, penyelenggaraan paip air yang tidak efektif telah menjadikan kemelut ini semakin serius. Pihak yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan ini tidak menjalankan tugas mereka sebaik mungkin sehingga membawa pelbagai kejadian paip pecah yang membazirkan air itu. Lantaran itu, sikap sambil lewa pihak berkuasa dalam menjaga paip air telah membawa krisis air ini terus menjadi bahan berita semasa negara ini.

    Kajian telah membuktikan bahawa krisis air ini disebabkan juga oleh kadar pembangunan yang keterlaluan oleh pihak berkuasa. Apabila pembangunan dilaksanakan tanpa kawalan sudah pasti kualiti bekalan air yang diperoleh menjadi tidak baik kerana permintaan yang terlalu tinggi itu. Jelaslah, pembangunan yang drastik ini membawa isu bekalan air menjadi meruncing.

Kesimpulannya, semua faktor tadi membuktikan krisis air di negara ini memang wujud. Kerjasama semua pihak amat diperlukan supaya masyarakat tidak dibebankan dengan masalah air saban tahun itu. Slogan jimatkan penggunaan air harus menjadi pegangan dalam jiwa rakyat Malaysia supaya krisis air ini tidak lagi menjadi mimpi ngeri masyarakat kita.
baca selanjutnya

Kepentingan Air Kepada Manusia

   Air merupakan antara isu yang sering diwara warakan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita akhir akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Persoalannya, apakah kepentingan air kepada manusia?

mesin basuh-800

   Pada pendapat saya, antara kepentingan air kepada manusia ialah sebagai sumber utama dalam aktiviti harian. Sebagai contoh, manusia menggunakan air untuk memasak, mandi, membasuh pakaian, minum dan sebagainya.Di samping itu, tubuh manusia terdiri daripada 55% hingga 78% air mengikut ukuran badan. Oleh hal yang demikian, air merupakan mekanisme kawalan bagi tubuh badan manusia supaya berfungsi dengan baik. Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa sumber utama dalam aktiviti harian merupakan kepentingan air kepada manusia.

Pemiskinan paling banyak terjadi pada sektor pertanian

   Selain itu, kegunaan dalam sektor pertanian juga dikenalpasti sebagai salah satu kepentingan air kepada manusia. Sebagai contoh, para petani menggunakan air yang bersih untuk menyiram tanaman mereka. Lagipun, tanpa air, tamanan akan kering dan layu serta terjejaslah sumber pendapatan para petani. Manusia juga akan mendapat kesusahan kerana kekurangan sumber makanan yang berasaskan sayur-sayuran dan bijirin. Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu kepentingan air kepada manusia ialah kegunaan dalam sektor pertanian.


   Kepentingan air kepada manusia yang berikutnya ialah  untuk membersihkan makanan. Sebagai tamsilan, manusia menggunakan air untuk membersihkan sayur sayuran atau buah buahan yang dibeli di pasar dan sebagainya. Dalam konteks ini, air merupakan elemen penting bagi memastikan aspek kebersihan. Tambahan pula, apabila makanan bersih, manusia dapat terhindar daripada penyakit yang berbahaya seterusnya mengekalkan tahap kesihatan mereka. Memetik petikan hadis "jagalah masa sihat kamu sebelum dirimu sakit". Jelaslah disini bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam kehidupan manusia. Saya optimis bahawa membersihkan makanan merupakan antara kepentingan air kepada manusia.

   Kesimpulannya, air merupakan sumber penting bagi manusia. Tanpa air, hidup manusia tidak akan sempurna.
baca selanjutnya

9 Fakta Sains Tentang Air



Air merupakan satu elemen yang sangat penting bagi kehidupan-kehidupan yang ada di atas muka bumi ini. Tanpa air bumi ini hanyalah sebuah planet yang tandus dan gersang. Kesemua kehidupan di muka bumi ini memerlukan air untuk hidup. Sedar tak sedar, daripada sehalus-halus mikroorganisma hinggalah kepada makhluk sebesar gajah malah tumbuh-tumbuhan juga memerlukan air.

Air boleh jadi sumber kehidupan dan air juga boleh menjadi pembunuh kehidupan. Bahayanya air apabila ianya tercemar. Banyak kematian berlaku berpunca daripada air yang tercemar. Disini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak fakta sains mengenai air.
  • Air terdiri daripada dua elemen iaitu hidrogen dan oksigen (H2O)
  • Hebatnya air ialah apabila ia boleh wujud dalam 3 keadaaan iaitu Pepejal, Cecair dan Gas. Perkataan air itu sendiri merujuk kepada air yang wujud dalam bentuk cecair, dalam keadaan pepejal ianya dikenali sebagai ais dan gas dikenali sebagai wap air.
  • Air meliputi 70% daripada permukaan bumi.
  • Air tulen tidak mempunyai bau dan rasa dan mempunya PH sekitar 7
  • Air boleh membentuk apa sahaja mengikut bentuk bekas.
  • Air membeku pada suhu 0° Celsius dan tersejat pada 100° Celsius. 
  • Ais 9% lebih ringan daripada air, sebab itu ianya terapung di permukaan air.
  • Secara purata 70% daripada badan manusia mengandungi air.
  • 92% kandungan dalam darah adalah air.
Jika hendak dinyatakan semua maklumat dan fakta tentang air, belum tentu akan habis. Maka penulis memilih untuk memberikan info ini secara ringkas untuk dikongsi bersama. Di sesetengah negara air masih lagi menjadi isu yang hangat diperkatakan

Betapa air ini menjadi anugerah daripada Ilahi kepada kehidupan di mukan bumi ini. Banyak sungai Khususnya sungai-sungai di Malaysia telah tercemar dek kerana kerakusan manusia itu sendiri. Air yang mengandungi klorin adalah merbahaya dan tidak selamat tapi apa boleh buat kita tiada pilihan.

"Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah Air ZAM-ZAM, ianya mengenyangkan dan menyembuh penyakit." – (HR Bukhari dan Muslim)



baca selanjutnya