Berapa Jumlah Air yang Perlu Diminum ?



     Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum? Ada pendapat yang mengatakan lapan gelas sehari adalah mencukupi tetapi adakah ia benar? Cuba dapatkan jumlah yang perlu anda minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:

Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah:

  • 25kg = 1 liter
  • 75kg ÷ 25kg = 3 liter
Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter.




baca selanjutnya

Kelebihan Minum Air yang Mencukupi


Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:
  • Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
  • Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
  • Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
  • Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
  • Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
  • Minda yang ceria dan emosi stabil.



baca selanjutnya

Air dalam Agama

Air adalah sumber kehidupan. Dari air Allah SWT ciptakan makhluk hidup (QS.al-Anbiya’/21: 30). 
Manusia diciptakan dari air mani, dan dengannya manusia mempunyai keturunan dan hubungan kekeluargaan (QS. Al-Furqan/25:54).
Binatang melata juga Allah ciptakan dari air. Ada yang merayap di atas perutnya, ada yang berjalan di atas dua kakinya, dan ada yang berjalan diatas empat kaki. Semua itu adalah bukti kekuasaan Allah (QS.An-Nur/24/45).

AIR UNTUK IBADAH & ZIKIR
   Bila kita membuka kitab-kitab fiqh umum, kita akan jumpai bab pertama adalah tentang “thaharah” (bersuci), yang dimulai dengan ragam macam air yang suci dan mensucikan, yang suci namun tidak mensucikan, yang musta’mal (bekas bersuci), dan air yang dihukumi najis. Dalam kitab-kitab fikih pula kita mendapatkan informasi yang detail tentang bagaimana cara menggunakan air yang baik untuk berwudhu, beristinja’, menghilangkan najis, dan mandi.

   Penggunaan air dalam ibadah menjadi perhatian serius Nabi. Beliau sangat menekankan perlunya penggunaan air secara efisien. Beliau berwudhu menggunakan 1 mud air (setara 6 ons, kurang dari satu liter) dan mandi 1 sha’ (setara 2,4 kg, sekitar 5 liter). Sangat hemat, tidak mubazir (sia-sia), tidak israf (berlebihan). 





baca selanjutnya

Cara Pengambilan Air Yang Betul

     

     Meminum air pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh secara sekali gus adalah cara yang salah. Misalnya badan anda memerlukan 2 liter sehari, maka anda meminum dan menghabiskan jumlah air tersebut dalam masa dua jam sahaja. Perbuatan tersebut adalah sama sekali salah kerana badan tidak mendapat bekalan air yang berterusan untuk menampung pelbagai proses di dalam tubuh sepanjang hari. Jadikan rutin meminum air setiap setengah jam sebagai amalan. Selain itu, minum segelas air antara waktu makan dan segelas air semasa makan pula secara berterusan pula selain dapat memenuhi keperluan tubuh, hal tersebut juga dapat mengurangkan rasa lapar.



     Pastikan anda mengambil air pada kuantiti yang kecil seperti segelas setiap kali minum dan usah tunggu sehingga anda rasa haus untuk minum. Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit atau muntah, anda perlu mengambil air dalam jumlah yang lebih banyak. Penyakit seperti batu karang atau jangkitan pada pundi kencing memerlukan anda meminum lebih banyak air untuk memulihkan kualiti kesihatan. Manakala bagi pesakit kegagalan hati dan buah pinggang pula, mereka perlulah merujuk pakar untuk mengetahui jumlah air yang boleh diambil kerana amnya pesakit penyakit hati dan buah pinggang tidak boleh meminum air dalam jumlah yang banyak.


     Jika anda sedang bersenam, anda disarankan meminum air sebelum, semasa dan selepas anda bersenam untuk memastikan anda sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi dan menggantikan air yang dikeluarkan menerusi perpeluhan. Cuaca panas terik dan suhu persekitaran yang tinggi juga boleh menyebabkan badan berpeluh lebih daripada biasa. Pastikan anda mengambil lebih banyak air bagi menggantikan jumlah cecair yang dikeluarkan menerusi perpeluhan.


     Seandainya anda berada pada altitud 8,200 kaki atau 2,500 meter dari aras laut, anda akan mengalami kencing yang lebih kerap daripada biasa serta kadar pernafasan yang lebih laju. Oleh itu minum lebih banyak air untuk menggantikan jumlah air yang hilang supaya tubuh anda boleh berfungsi dengan baik walau pun berada di aras yang tinggi


     Bagi mengetahui sama ada tubuh anda sudah meminum air yang mencukupi atau tidak, anda boleh melihat warna air kencing. Jika ia tidak berwarna bermakna badan anda sudah menerima air yang cukup. Sekiranya air kencing yang dikeluarkan masih mempunyai warna kekuningan, maka jumlah air masih belum mencukupi dan perlu ditambah





baca selanjutnya